Wednesday 4 April 2012

Pengenalan Latihan Fizikal




Tajuk: Latihan Fizikal
Pengenalan
Sebelum abad ke-12, peningkatan dalam prestasi sukan banyak dipengaruhi oleh jenis-jenis  latihan fizikal yang lebih sistematik yang telah diperkenalkan oleh para jurulatih dan seterusnya diguna pakai oleh para atlit.
Latihan fizikal direka untuk membolehkan atlit mencapai kecergasan yang maksimum dalam masa yang sesingkat mungkin dan apabila diperlukan, terutamanya dalam mencapai prestasi kemuncak.
Sehubungan dengan itu juga, jenis latihan yang diaplikasikan disesuaikan dengan keperluan sesuatu jenis sukan dan keperluan atlit serta disusun rapi mengikut musim pertandingan dengan diasaskan kepada pengetahuan sains sukan. Jenis latihan fizikal boleh diklasifikasikan mengikut penggunaan atau keperluan sistem tenaga iaitu latihan aerobik dan latihan anaerobik. Jenis-jenis latihan fizikal termasuklah latihan pliometrik, latihan jeda, latihan fartlek, latihan Long Slow Distance, latihan bebanan, latihan litar, latihan tekanan dan latihan fartlek.
Jenis-jenis latihan fizikal juga dikaitkan dengan konsep kecergasan atau kesejahteraan  keseluruhan Kecergasan. kecergasan atau kesejahteraan  keseluruhan Kecergasan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta  keupayaan diri dengan lebih cekap.
Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima  adalah merupakan sesuatu yang sangat-sangat diperlukan  dalam melalui kehidupan seharian. Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang optima. Kebanyakan diri manusia memadai memilih tahap pencapaian yang minimum terhadap kedua-dua komponen ini iaitu kesihatan dan kecergasan. Bagi mencapai piawaian yang optima, kita perlu merangka gaya hidup kita kearah lebih aktif dan cuba mengelakkan gejala-gejala yang memudaratkan seperti penyakit dan tingkahlaku sosial yang tidak berfaedah.
Menurut masyarakat Greek, mereka percaya bahawa kecergasan dan kemahiran hanya akan berfungsi di kemuncak keupayaan mereka apabila badan sihat dan kuat. Kecergasan mempunyai pengertian yang pelbagai bentuk. Namun begitu, Kecergasan keseluruhan adalah gabungan keseluruhan kecergasan iaityu dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani.
Kecergasan fizikal  pula adalah  keupayaan  individu  untuk  berfungsi  secara  berkesan  untuk  menghadapi  cabaran  dalam  kerja-kerja  fizikal  harian  dan  menggunakan  masa  lapang  dengan  lebih  efektif  di  samping  mempunyai  lebihan  tenaga  untuk  tujuan  kecemasan.
Menurut Clarke (1979) yang bekerja sebagai Akaedemi Pendidikan Jasmani di Amerika Syarikat, beliau mendefinisikan kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti riadah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecergasan
a)   Genetik
Setiap manusia dianugerahkan oleh tuhan dengan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu, genetik boleh digunakan sebagai panduan untuk menilai kekuatan dan kelemahan seseorang. Gunakan kelebihan pada diri anda untuk menonjolkan keupayaan pada tahap yang sebenarnya dan memperbaiki kelemahan setelah kita mengenalpasti kelemahan berdasarkan maklumat-maklumat genetik.
b)   Persekitaran
Persekitaran menentukan peluang-peluang yang boleh dicapai atau diperolehi oleh seseorang. Sebagai contohnya, negara Australia yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit boleh menjadi kuasa besar dalam bidang sukan.
c)   Tingkahlaku
Seseorang individu yang mempunyai genetik dan persekitaran yanag baik tidak berupaya menghasilakan kecergasan yang baik disebabkan tingkahlakunya yang negatif seperti merokok, minum arak dan mengamalkan tabiat-tabiat buruk dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, walaupun seseorang yang mempunyai genetik dan persekitaran yang kurang baik tetapi mempunyai tingkahlaku yang baik untuk berupaya meningkatkan tahap kecergasan apabila mengamalkan gaya hidup sihat.
Matlamat latihan fizikal
a)    Memahami  kecergasan  fizika.l
b)   Mengetahui  tahap  kecergasan  yang  diperlukan  dari  semasa  ke  semasa.
c)    Memahami  konsep  dan  komponen  kecergasan  yang  diperlukan  dari  semasa  ke  semasa.
Objektif latihan fizikal
a)    Membantu  meningkatkan   tahap  kecergasan  ke  suatu  tahap  tertentu  yang  memuaskan.
b)   Mengekalkkan  tahap  kecergasan  di  kalangan  individu  yang  telah  menpunyai  tahap  tertentu.
c)    Kecergasan  yang   memuaskan.
d)    Memberi  pendedahan  mengenai  asas-asas  latihan  fizikal  untuk  mengekalkan  daripada  berlakunya  kecerderaan.

Contoh gambar latihan fizikal:




2 comments: